Friday, May 8, 2009

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SWASTA)

Gaji Pokok & Elaun
· Minimum RM1,000 sebulan Umur Pemohon
· Mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
· Bagi yang bersara umur 55 tahun, umur pemohon tidak boleh melebihi 53 tahun pada tarikh permohonan diluluskan. Bagi kakitangan kerajaan yang bersara pada umur 58 tahun, mestilah berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh permohonan diluluskan.
· Umur pemohon tidak boleh melebihi 55 / 58 tahun pada tarikh akhir bayaran balik pembiayaan
Jumlah Pembiayaan
· 25 kali gaji kasar bulanan atau maksimum RM75,000 yang mana lebih rendah. Had minimum yang dibenarkan adalah RM2,000. Jumlah potongan bulanan hendaklah tidak melebihi 60% dari gaji kasar pemohon.

Tempoh Pembiayaan
· Minimum 2 tahun dan maksimum 7 tahun atau umur pemohon 55 tahun / 58 tahun pada tarikh ansuran terakhir yang mana terdahulu
Jaminan Swasta.

Seorang Penjamin yang berkelayakan
Borang permohonan yang telah diisi hendaklah disertakan dokumen berikut :-
Pemohon
· Dua (2) salinan kad pengenalan yang disahkan benar oleh majikan.
· Slip gaji asal tiga (3) bulan terakhir dan dua (2) salinan setiap satu yang telah disahkan benar oleh majikan;
· Satu (1) salinan borang J / EA / EC yang telah disahkan benar oleh majikan.
· Surat pengesahan daripada majikan di atas kepala surat rasmi, yang menyatakan tempoh perkhidmatan, taraf perkhidmatan dan gaji bulanan mengikut format yang disediakan; dan
· Surat persetujuan daripada majikan di atas kepala surat rasmi, untuk membuat potongan gaji mengikut format yang disediakan
Penjamin
· Dua (2) salinan kad pengenalan yang disahkan benar oleh majikan
· Slip gaji asal tiga (3) bulan terakhir dan dua (2) salinan setiap satu yang telah disahkan benar oleh majikan;
· Satu (1) salinan borang J / EA / EC yang telah disahkan benar oleh majikan.
· Surat pengesahan daripada majikan di atas kepala surat rasmi, yang menyatakan tempoh perkhidmatan, taraf perkhidmatan dan gaji bulanan mengikut format yang disediakan; dan
· Surat persetujuan daripada majikan di atas kepala surat rasmi, untuk membuat potongan gaji mengikut format yang disediakan.

No comments:

Post a Comment